Friday, 17 April 2015
لسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BACALAH...
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat
itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan
dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu
yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan
syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu
berhati-hati kerana takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa
oleh para malaikat:
1. ORANG YANG TIDUR
DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan
suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam
keadaan suci‘” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat
Tarhib I/37)
2. ORANG YANG MENUNGGU
SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang
duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para
malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” * (Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI
SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin
‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith
ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG MENYAMBUNG
SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah,
Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada
orang-orang yang menyambung saf-saf” *(Hadith ini
disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM
SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi
‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana
barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan
diampuni dosanya yang lalu” *(Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI
TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah
satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,
selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah
dan sayangilah ia‘” *(Al
Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
OHISLAM: SEBARKANLAH WALAU DENGAN SATU AYAT.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment