Translate

Friday, 17 April 2015

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sempena di hari jumaat yang mulia ini, NNA nak berkongsi sedikit tentang surah-surah yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian kita.   


Surah yg pertama
Surah Al-kahfi
Daripada Umar berkata : Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripda bawah kakinya hingga ke langit.Untuknya cahaya di hari kiamat dan di ampunkannya antara dua Jumaat." (HR katsir)

Surah yang Kedua
Surah As-Sajadah
Hadith Riwayat Al-Bukhari daripada Abi Hurairah r.a. berkata : "Adalah Nabi s.a.w membaca pada solat Fajar (subuh) pada hari jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) as-sajadah dan (Hal Ata Alal Insan)Insan."
Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata : "Adalah Nabi saw tidak tidur hingga di baca surah as-sajdah dan al-Mulk.

Surah yang Ketiga
Surah Yaasiin
Daripada Anas ,Rasulullah saw bersabda : "Setiap sesuatu ada hati dan hati al-Quran adalah Yaasiin" dan sesiapa yang membaca Yaasiin , maka Allah SWT tulis baginya sepertimana membaca al-Quran sepuluh kali. (HR at-Tirmizi)

Surah yang Keempat
Surah Ad- Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :" Sesiapa membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya." (HR Ibnu Katsir)

Surah yang Ke lima
Surah Al-Waqiah
Daripada Abi Dhibah berkata :"Telah sakit Abdullah yang boleh menyebabkan kematiannya. Maka di ziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a, beliau bertanya, "Apa yang kamu adukan?" Beliau menjawab " Dosa-dosaku" "Dan apa yang kamu mahu sekarang ?" Beliau menjawab: "Rahmat tuhan." "perlukah saya panggil doktor?"Beliau menjawab,"Doktor lebih sakit daripada saya."
Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.."
Abdullah menjawab :"Saya tidak berhajat kepadanya."
Usman berkata: "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu.Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan saya jadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "al-Waqiah" tiap-tiap malam.Sesunguhnya saya dengar Rasullullah s.a.w bersabda: "Sesiapa membaca surah "al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Surah Ke enam
Surah al-Hasyar
Daripada fadhil Ibnu Yassar al-Muzani r.a berkata : Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangkit subuh "Auuzubillahis-sami'il-'alimi-Minas Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca tiga ayat akhir surah al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu di kira mati syahid. (HR at-Tirmizi).

Surah Ke Tujuh
Surah al-Mulk
Daripada Abi Hurairah r.a  dari Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di dalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepda pembacanya hingga di beri keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk (Tabaarakal-Lazi).

2 comments:

Blog Archive

Powered by Blogger.