Friday, 17 April 2015
لسَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Moga kalian sihat-sihat sahaja dan berada di
dalam redha Allah S.W.T
NNA ingin mememenuhi entry blog NNA dengan
ilmu-ilmu yang telah NNA study. Tak la banyak sangat... moga-moga entry ini dapat
membantu kalian semua...
TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP EJEN
Pihak prinsipal membayar komisen atau ganjaran-ganjaran
lain seperti yang telah dipersetujui, melainkan jika hubungan ejensi itu adalah
secara percuma. Jumlah komisen dan cara pembayarannya yang akan dibuat
dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak ejensi. Bayaran upah atau komisen akan
hanya dibuat oleh prinsipal kepada ejen bila ejen selesai buat semua kerja yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bayaran mesti dijelaskan kepada ejen
walaupun kontrak dalam perniagaan ejensi itu mungkin gagal disebabkan oleh
prinsipal atau pihak ke-3. Kontrak ejensi: Upah akan dibayar atas kerja yang
selesai dibuat oleh ejen, bukan atas kejayaan sesuatu kontrak atau matlamat
kerja yang dilaksanakan oleh ejen (kaedah am yang mesti dipatuhi walaupun terma
atau syarat kontrak tidak menyatakan demikian).
Seksyen 172 akta kontrak 1950 menyatakan bahawa:
Disimpulkan disini Jika tiada kontrak ejensi yang khas, maka bayaran bagi
pelaksanaan kerja-kerja ejen akan dibayar oleh prinsipal apabila kerja selesai atau
tamat. Contohnya jika syarat kontrak hanya mewajibkan ejen untuk memperkenalkan
pihak ke-3 dengan prinsipal, tanpa mengira sama ada urusan antara pihak ke-3
yang diperkenalkan dengan prinsipal itu telah berjalan ataupun tidak, maka
sebaik sahaja perkenalan telah dibuat, ejen berhak menerima komisennya.
Adakah perbuatan yang disyaratkan itu selesai
disempurnakan? Ejen berhak untuk menahan wang yang diterima hasil daripada
jualan barang-barang walaupun tidak semua barang tersebut telah terjual atau
jualan barang belum selesai. Jika terma atau syarat kontrak hanya menyatakan bahawa ejen
akan dibayar komisen tanpa menyatakan jumlahnya, maka ejen berhak untuk
mendapatkan ganjaran yang munasabah berdasarkan satu jumlah yang berpatutan
denga kerja yang dilakukan berdasarkan kontrak ejensi antara prinsipal dan
ejen. Ejen akan hilang hak untuk mendapat ganjaran apabila ia melakukan salah
laku dalam perniagaan ejensi. Salahlaku adalah kelakuan yang salah sama ada
bertentangan dengan kontrak ejensi atau undang-undang semasa atau kesalahan
yang boleh membawa kerugian kepada prinsipal. Contohnya dalam perniagaan
ejensi, ejen mengangkut barang menggunakan kenderaan. Maka, ejen mesti memandu
tidak boleh melebihi had laju sesuatu kawasan.
Tanggungjawab prinsipal
terhadap ejen iala prinsipal tidak akan
menyekat atau menghalang ejen dengan sengaja daripada mendapat komisen. Apabila
prinsipal melantik ejen untuk mewakilinya, maka prinsipal tidak boleh mengupah
orang lain di tengah-tengah perundingan bertujuan untuk menarik balik komisen
yang dijanjikan kepada ejen itu. Sama ada prinsipal telah melakukan sesuatu
yang boleh ditakrif sebagai menghalang ejen daripada mendapat komisennya adalah
satu persoalan yang rumit yang akan diputuskan oleh mahkamah.
Yang seterusnya tanggungjawab prinsipal terhadap ejen
adalah melepaskan tanggungan iaitu liabiliti ejen bagi tindakan-tindakan yang
dilakukan dalam menjalankan tugasnya dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan
kepadanya.
Seksyen
175 akta kontrak 1950 menyatakan
bahawa:
Boleh disimpulkan prinsipal terikat untuk menanggung kerugian akibat semua
tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh ejen dalam menjalankan tugas
ejennya.
Hak ejen untuk dilepaskan tanggungan dan tanggungjawab
prinsipal untuk menerima tanggungan berlaku apabila ejen mengalami kerugian,
maka liabiliti atau perbelanjaan dalm masa menjalankan tugasnya ditanggung oleh
prinsipal, jika
perbuatannya sah di sisi undang-undang atau tindakannya dilakukan dalam
bidang kuasanya sama ada secara nyata atau tersirat dalam kontrak ejensi. Ejen
menyebabkan bencana kepada pihak ke-3 semasa menjalankan tugas ejennya.
Ejen mengalami bencana atau kesulitan dalam menjalankan tugasnya. Contohnya
ejen mengalami kecederaan atau bencana atau kesulitan disebabkan oleh
pengabaian prinsipal atau ejen sendiri kurang mahir dalam menjalankan tugasnya.
Prinsipal harus memberi pampasan kepada ejen.
KUASA EJEN
Semua perbuatan dan tindakan ejen akan mengikat prinsipal
jika dilakukan dalm bidang kuasa ejen. Jika sebaliknya berlaku Ia tidak akan mengikat
prinsipal dan
Prinsipal tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakan ejen kecuali
prinsipal telah menerima dan mengesahkan perbuatan ejen itu.
Seksyen
141 akta kontrak 1950 menyatakan
bahawa:
Disimpulkan, kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah dan perlu untuk
melaksanakan tugasnya kepada prinsipal. Sah ialah tidak bersalahan dengan
undang-undang dan perlu ialah berkaitan, termasuk dalam bidang tugas. Contohnya
kuasa yang diberikan kepada ejen hanyalah untuk memperkenalkan pihak ke-3 dengan
prinsipal. Maka tidak perlulah bagi ejen untuk berbincang tentang kontrak yang
akan dimasuki oleh prinsipal dengan pihak ke-3.
Seksyen
141 akta kontrak 1950 menyatakan
bahawa:
Disimpulkan kuasa ejen terbahagi kepada 2 iaitu nyata dan tersirat. Kuasa ialah
ianya penting untuk menentukan sama ada prinsipal bertanggungan atau tidak bagi
perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh ejen.
Kuasa Nyata
Kuasa Nyata ialah Kuasa benar ialah kuasa yang diberikan
secara nyata oleh prinsipal kepada agen. Kuasa benar yang diberikan secara
lisan atau bertulis dikenali sebagai kuasa nyata ekspress. Kuasa
nyata tersirat
pula diandaikan daripada keadaan-keadaan tertentu.
Kuasa ini boleh disiratkan daripada kuasa nyata yang diberikan iaitu
semua kuasa yang patut atau mustahak bagi menjalankan kuasa nyata
itu. Dalam keadaan fakta kes. Ataupun kelaziman atau adat resam perniagaan.
Mahupun dalam situasi atau kelakuan pihak-pihak. Contohnya kesimpulan yang
diambil mengikut perjalanan biasa urusan sesuatu perniagaan ejensi.A – kedai –
Kajang – Kuala Lumpur – B – uruskan kedai. B dengan pengetahuan A memesan
barang daripada C atas nama A dan membayar harga barang dari peruntukan wang A.
Oleh itu, B ada kuasa tersirat dari A untuk memesan barang daripada C atas nama
A untuk kedai itu.
Kuasa zahir
Kuasa zahir pula tidak perlu diberitahu bahawa ejen
tersebut ada kuasa. Kuasa yang tidak diberikan secara nyata oleh prinsipal
kepada ejen tetapi undang-undang menganggap bahawa ejen ada kuasa tersebut. Pihak
ke-3 akan membuat andaian bahawa ejen mempunyai kuasa walaupun sebenarnya ejen
tidak mempunyai kuasa tersebut. Prinsip undang-undang: prinsipal bertanggungan
bagi semua perbuatan ejen yang tergolong dalam kuasa zahir.
Contoh kes 1: Firm of AR. C.T. lwn SV. KR.
K: Ejen mempunyai kuasa untuk membelanjakan wang firma dalam keadaan kes
ini kerana dia mempunyai kuasa tersirat yang perlu untuk menerima pembayaran
balik wang itu bagi firma tersebut.
Contoh kes 2: Panorama Development (Guilford)
Ltd. Lwn Fidelic Furnishing Fabric
Ltd.
F: B ialah setiausaha syarikat defendan. B telah menyewa kereta-kereta
mewah daripada plaintif. B tidak mempunyai kuasa sebenar untuk menyewa
kereta-kereta tersebut bagi kegunaan sendiri.
K: Sebagai setiausaha syarikat, B ada kuasa zahir untuk bertindak bagi
pihak syarikat dalam hal-hal pentadbiran. Defendan bertanggungan terhadap
plaintif bagi tunggakan-tunggakan sewa.
Kuasa zahir boleh wujud dalam dua keadaan berikut yang
pertama apabila prinsipal melalui kata-katanya secara langsung atau perbuatannya
secara tidak langsung dan membiarkan pihak ke-3 percaya seolah-olah prinsipal
beri kebenaran kepada ejen untuk bertindak bahawa ejennya ada kuasa untuk
membuat kontrak bagi pihaknya.
Seksyen
141 akta kontrak 1950 menyatakan
bahawa:
Disimpulkan prinsipal terikat dan bertanggungjawab atas tindakan ejen yang
dilakukan bagi pihaknya dalam bidang kuasa zahir.Perbuatan atau kata-kata
prinsipal yang membuatkan pihak ke-3 percaya ejen ada kuasa untuk melakukan
sesuatu perbuatan.
Contoh kes : Chew Hock San lwn Connaught Housing Development Sdn. Bhd(1985)
K: Kuasa zahir tidak wujud jika ejen bertindak bagi pihak prinsipal tanpa
pengetahuan atau kebenaran prinsipal itu sendiri.
Kuasa zahir boleh wujud dalam keadaan yang kedua ejen ada
kuasa di masa lalu untuk melakukan perbuatan bagi pihak prinsipal tetapi kuasa
ditamatkan oleh prinsipal tanpa pengetahuan pihak ke-3.
KESAN-KESAN KONTRAK YANG DIBUAT OLEH EJEN
Kesan-kesan kontrak yang dibuat oleh ejen bergantung
kepada keadaan-keadaan bagaimana kontrak tersebut dibuat dan
Sama ada ejen ada mendedahkan / menyembunyikan fakta ejensinya kepada pihak
ke-3.
KEADAAN BAGAIMANA KONTRAK DIBUAT ANTARA EJEN
DENGAN PIHAK KE-3
Tiga keadaan bagaimana kontrak dibuat antara ejen dengan
pihak ke-3 ialah
Yang pertama ejen berkontrak sebagai ejen kepada prinsipal yang telah
dinamakan.
Nama prinsipal telah diedarkan kepada pihak ke-3 oleh ejen. Pihak ke-3 tahu
nama prinsipal tetapi tidak kenal siapa orangnya. Pihak ke-3 tahu bahawa ejen sedang
berkontrak sebagai ejen kepada prinsipal. Ejen tiada tanggungan dan tidak
mempunyai hak dalam kontrak.
Yang kedua ejen memberitahu kewujudan prinsipal tetapi
tidak menamakan prinsipal. Kewujudan prinsipal dimaklumkan kepada pihak ke-3
tetapi pengenalannya tidak diketahui. Pihak ke-3 tahu bahawa ejen sedang
berkontrak sebagai ejen tetapi tidak tahu identity dan nama prinsipal. Ejen
tidak bertanggungan secara peribadi.
Contoh kes: Universal Steam Navigation Co.
Ltd. Lwn James Mc Elvie & Co. (1923)
F: Perjanjian penyewaan kapal antara X (ejen pemilik kapal) dengan J.M.
& Co. (ejen penyewa). Perjanjian telah ditandatangani “untuk dan bagi pihak
J.M. & Co.”. Nama prinsipal tidak diberitahu oleh J.M. & Co. semasa
kontrak dibuat tetapi X tahu bahawa J.M. & Co. mewakili prinsipalnya.
Antara terma perjanjian tersebut, sekiranya penyewa berlabuh di pelabuhan
melebihi had masa, maka ia dicaj dengan harga bayaran tambahan. J.M. & Co.
mungkir kontrak
K: J.M. & Co. tidak bertanggungan untuk membayar harga bayaran lebihan
masa. Mereka bertindak dalam kapasiti sebagai ejen walaupun dalam kontrak
disebut sebagai penyewa.
Yang ketiga ejen berkontrak bagi pihak prinsipal yang
tidak diberitahu kewujudannya. Ejen tidak kemukakan nama prinsipal atau
kewujudannya. Ejen berkontrak seolah-olah dialah prinsipal. Pihak ke-3 boleh
mengenakan tanggungan terhadap ejen atau prinsipal atau kedua-duanya sekali.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment